Lima ditahan disyaki terima suapan di Sandakan

Lima ditahan disyaki terima suapan di Sandakan

Lima ditahan disyaki terima suapan di Sandakan

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lelaki termasuk bekas pegawai institusi kewangan kerana disyaki menerima suapan hampir RM300,000 daripada pemilik sebuah syarikat.

Menurut sumber, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sandakan di sini, antara jam 2 hingga 7 malam ini.

“Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah itu sejak 2022 hingga 2024. Ia membabitkan kelulusan pinjaman bernilai keseluruhan RM11.2 juta kepada 39 pemohon,” kata sumber itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu perbuatan berkaitan tugas rasmi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Penahanan ini adalah hasil kerjasama antara SPRM Sabah dengan unit audit dalaman salah sebuah Institusi kewangan tempatan.

“Permohonan reman terhadap semua suspek juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Sandakan esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Lima ditahan disyaki terima suapan di Sandakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker