Kereta hilang kawalan dipercayai punca 2 warga emas maut dalam kemalangan
Kereta hilang kawalan dipercayai punca 2 warga emas maut dalam kemalangan

SLIM RIVER: Hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dipercayai punca dua lelaki warga emas maut dalam kemalangan Proton Saga dengan pikap Toyota Hilux di Jalan Kuala Slim, malam tadi.
Mangsa Muhammed Sharif Hashim, 73, yang memandu Proton Saga dan penumpangnya, Sha’aarudin Aman, 73, disahkan maut di tempat kejadian.
Pemandu pikap, lelaki berumur 30 tahun cedera di telinga kanan dan penumpang lelaki 20 tahun warga Sri Lanka patah kaki kiri serta seorang lagi penumpang lelaki juga warga Sri Langka berumur 25 tahun tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya terima maklumat jam 9.06 malam.
“Siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuala Slim ke FELDA Besout 4.
“Di tempat kejadian dipercayai kenderaan dinaiki mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung pikap yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kereta hilang kawalan dipercayai punca 2 warga emas maut dalam kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.