19 ditahan gaduh guna parang, rotan hingga cedera di Skudai
19 ditahan gaduh guna parang, rotan hingga cedera di Skudai

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 19 lelaki selepas disyaki terbabit dalam insiden rusuhan menggunakan parang dan rotan sehingga cedera di sebuah restoran di Taman Mutiara Mas, Skudai di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada jam 3.36 pagi, hari sama.
“Wanita berkenaan mendakwa kejadian berlaku jam 12.40 tengah malam, Sabtu lalu ketika dia berada di restoran berkenaan bersama rakannya iaitu tiga lelaki tempatan.
“Dia mendakwa diserang dan dipukul sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan parang dan rotan,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
19 ditahan gaduh guna parang, rotan hingga cedera di SkudaiKumarasan berkata bertindak atas maklumat yang diterima, pihaknya berjaya menahan 19 suspek berusia 13 hingga 46 tahun di beberapa lokas antara jam 5 petang, Sabtu hingga 4 pagi, Ahad lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Katanya, hasil semakan mendapati enam daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau manakala hasil ujian saringan awal air kencing pula mendapati mereka semua negatif daripada sebarang penyalahgunaan dadah.
“Kejadian ini membabitkan serangan dan pergaduhan antara dua kumpulan yang dipercayai bermotifkan dendam,” katanya.
Kumarasan berkata, semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad lalu hingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan dan 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
19 ditahan gaduh guna parang, rotan hingga cedera di Skudai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.