Tongkang alami isu kestabilan berhampiran tapak projek Pulau Silikon, 11 kru selamat
Tongkang alami isu kestabilan berhampiran tapak projek Pulau Silikon, 11 kru selamat

GEORGETOWN: Sebuah tongkang stesen pengendalian semula pasir mengalami isu kestabilan berhampiran tapak projek Pulau Silikon di sini pagi tadi, namun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Pengerusi Silicon Island Development Sdn Bhd, Datuk Seri Farizan Darus berkata dalam kejadian jam 11.18 pagi itu, sejumlah 11 kru terdiri dua warga tempatan, seorang warga China dan lapan warga Indonesia berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.
“Penilaian awal menunjukkan faktor operasi termasuk kemungkinan isu pada paip pelepasan telah mempengaruhi muatan corong semasa proses pemindahan.
“Pasukan tindak balas kecemasan kami telah segera dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan, termasuk melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk mengekang sebarang kemungkinan tumpahan minyak,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata insiden itu telah dimaklumkan kepada pihak Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang serta beberapa agensi berkaitan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Pihak pemaju projek, katanya memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa berkenaan manakala Penang Infrastructure Corporation (PIC) akan terus memantau perkembangan situasi kejadian dengan teliti.
Pulau Silikon seluas 930.78 hektar ialah projek penambakan milik kerajaan Pulau Pinang dengan kali pertama kerajaan negeri membangunkan sebuah projek tambakan secara langsung untuk menjamin pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Tongkang alami isu kestabilan berhampiran tapak projek Pulau Silikon, 11 kru selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.