Tebing runtuh halang laluan di KM27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Tebing runtuh halang laluan di KM27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Tebing runtuh halang laluan di KM27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kejadian tebing runtuh berhampiran Gua Sejuk menyebabkan Jalan Gua Musang-Kuala Krai terhalang. – Foto ihsan polis

GUA MUSANG: Kejadian tebing runtuh dilapor berlaku di Kilometer 27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Gua Sejuk, di sini, menyebabkan laluan terbabit tidak dapat dilalui semua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Sehingga kini, katanya laluan terbabit masih tidak dapat dilalui semua kenderaan dan pihak polis sedang mengawal lalu lintas.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah memaklumkan kepada pihak Projek Lingkaran Tengan Utama (LTU) tentang kejadian itu yang menyebabkan kesesakan sehingga dua kilometer.

“Kejadian berlaku berpunca cuaca hujan lebat, namun tiada kemalangan jiwa serta kerosakan dilaporkan. Pemantauan dilakukan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Choon Foo berkata tidak dapat dijangkakan bila laluan terbabit boleh dilalui kerana ia bergantung seberapa cepat bantuan sampai untuk pembersihan.

“Tiada jalan alternatif boleh dilalui dan pengguna diminta bersabar sementara kerja pembersihan dilakukan,” katanya.

Tebing runtuh halang laluan di KM27 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker