Saya, Amir rapat, tapi tak bercinta – Alya Iman

Saya, Amir rapat, tapi tak bercinta – Alya Iman

Saya, Amir rapat, tapi tak bercinta - Alya Iman
Alya dan Amir saling mengenali sejak tiga tahun lalu, namun hubungan baik sekadar rakan sekerja. – Foto TikTok Alya Iman

KUALA LUMPUR: Pelakon Alya Iman mengakui kini berkawan rapat dengan Amir Ahnaf, namun hubungan tidak membabitkan soal perasaan.

Mengulas lanjut, Alya berkata, dia lebih selesa menyimpan sekiranya mempunyai teman lelaki. Baginya, itu adalah kisah peribadi yang perlu dijaga.

“Kalau ada, saya akan ‘keep it private’. Lagi orang tahu, lagilah orang boleh musnahkan. Jadi, saya selesa fokus pada kerjaya. Soal hati, kalau ada jodoh nanti, kita tengoklah macam mana,” katanya.

Bagaimanapun, Alya menyifatkan Amir sebagai rakan sekerja yang matang dan mudah dibawa berbincang terutama ketika berlakon bersama.

“Dia memang kawan yang baik dan sangat membantu, tapi tak bermakna kami bercinta hanya sebab selalu bersama.

“Cuma, saya seronok setiap kali bekerja dengan Amir. Dia akan bantu dan selalu beri idea untuk tambah baik setiap adegan yang dijayakan,” katanya.

Sebelum ini, dua bintang utama drama tayangan Viu Malaysia, Pabila Dia Tersenyum itu digosipkan bersama selepas Alya memuat naik dua video di TikTok, minggu lalu.

Saya, Amir rapat, tapi tak bercinta – Alya Iman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker