Pep sebak, De Bruyne disanjung sebagai legenda Etihad
Pep sebak, De Bruyne disanjung sebagai legenda Etihad

Manchester: Air mata mengalir di pipi Pep Guardiola ketika beliau memberikan penghormatan terakhir buat kapten kesayangannya, Kevin De Bruyne, yang menutup tirai karier gemilang selama sedekad bersama Manchester City di Etihad, awal pagi tadi.
Meskipun City menewaskan Bournemouth 3-1 dalam aksi penting untuk naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), sorotan sebenar malam itu tertumpu sepenuhnya kepada De Bruyne yang beraksi buat kali terakhir di laman sendiri dengan jersi biru langit.
Satu video penghormatan khas ditayangkan sejurus tamat perlawanan, memaparkan ucapan daripada bekas rakan sepasukan seperti Sergio Aguero, Raheem Sterling, Riyad Mahrez, Fernandinho, Vincent Kompany, Joe Hart dan Leroy Sane.
“Terima kasih atas kerjaya hebat anda. Satu penghormatan dapat bermain bersama. Anda memang legenda Manchester City. Dan saya juga,” kata Aguero berseloroh dalam mesejnya.
De Bruyne sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat penghujung musim ini.
Namun, dia turut melahirkan rasa terkejut apabila City tidak menawarkan sambungan kontrak baharu.
“Ia hari yang menyedihkan. Dia akan sangat dirindui,” kata Guardiola.
“Tapi dalam masa sama, ini adalah hari penuh emosi dan sempurna untuknya meninggalkan jejak terakhir membantu kami raih kemenangan penting.”
Sepanjang 10 musim bersama City, De Bruyne memenangi 16 trofi utama termasuk enam gelaran EPL dan satu Liga Juara-Juara.
Pep sebak, De Bruyne disanjung sebagai legenda Etihad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.