Pengarah, jurutera jabatan kerajaan antara 6 ditahan kes rasuah kontrak ratusan ribu ringgit
Pengarah, jurutera jabatan kerajaan antara 6 ditahan kes rasuah kontrak ratusan ribu ringgit

KUALA LUMPUR: Dua penjawat termasuk berjawatan pengarah dan bergelar Datuk antara enam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kes rasuah membabitkan kontrak bernilai ratusan ribu ringgit.
Lelaki bergelar Datuk itu bersama seorang lagi penjawat awam iaitu jurutera di sebuah jabatan kerajaan di ibu negara adalah suspek utama kes membabitkan tawaran kerja kontrak pembangunan dan senggaraan sejak 2021.
Menurut sumber semua suspek terdiri empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 20 hingga lingkungan 50-an itu ditahan jam 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
“Turut ditahan suami isteri bersama bapanya yang juga pemilik syarikat bergelar Datuk, selain seorang kontraktor kerana disyaki bertindak sebagai orang tengah dalam mendapatkan rasuah daripada kalangan kontraktor,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Sumber berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek utama menerima kira-kira RM115,000 daripada orang tengah dalam bentuk wang tunai, pembiayaan ubah suai rumah dan pemberian telefon bimbit.
Katanya, menerusi Op Kepala dijalankan Bahagian Operasi Khas SPRM di 10 premis sekitar Lembah Klang dan Johor semalam, SPRM menyita dua unit kenderaan jenis Toyota Hilux, wang tunai kira-kira RM165,000 selain membekukan 95 akaun perbankan terdiri akaun individu dan syarikat membabitkan jumlah kira-kira RM6 juta.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Lima daripada suspek terbabit kini direman lima hari sehingga 24 Mei ini, manakala seorang lagi selama tiga hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Pengarah, jurutera jabatan kerajaan antara 6 ditahan kes rasuah kontrak ratusan ribu ringgit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
You must be logged in to post a comment.