Pembantu chef rugi RM2,800 diugut sebar video bogel bersama kekasih
Pembantu chef rugi RM2,800 diugut sebar video bogel bersama kekasih

AMPANG JAYA: Dua remaja lelaki ditahan selepas melakukan pemerasan berhubung video hubungan seks seorang pembantu chef bersama teman wanitanya yang digodam daripada telefon bimbit mangsa.
Kedua-dua mereka ditahan di pusat beli-belah Galaxy Ampang, di sini, oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, malam kelmarin.
“Suspek kemudian meminta lagi sejumlah wang tunai sebanyak RM1,000 daripada mangsa yang kemudian bertindak membuat laporan polis.
“Susulan dari itu polis kemudian memberkas kedua-dua suspek berusia 18 tahun di tempat kerja mangsa di Galaxy Ampang, malam kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis THC.
“Setakat ini kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Khamis,” katanya.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pemerasan kepada orang sehingga mendatangkan ketakutan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.
Selain itu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 292 kanun yang sama kerana memiliki bahan lucah dan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pembantu chef rugi RM2,800 diugut sebar video bogel bersama kekasih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.