Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung lori

Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung lori

Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung lori
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai petang tadi. – Foto ihsan polis

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 25, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Mohamad Asrul Hisyam Mohamad Amin, 28, yang bekerja sebagai pembantu teknikal pencawang sebuah syarikat telekomunikasi maut di lokasi kejadian selepas cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata sebelum kejadian sebuah lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 47 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

“Sejurus tiba di lokasi, motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangi mangsa datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori itu.

“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker