Kalau tak suka saya menang, rancanglah untuk kalahkan saya – TMJ
Kalau tak suka saya menang, rancanglah untuk kalahkan saya – TMJ

Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan segala kejayaan yang dikecapi kini bukanlah secara kebetulan, sebaliknya hasil perancangan rapi yang dimulakan sejak tahun 2018.
Dalam perkongsiannya di laman sosial X, baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu semua pihak untuk lebih serius dalam merancang strategi demi memastikan kejayaan yang berterusan.
Menurut baginda, JDT dalam arena bola sepak tempatan dan juga pengurusan kelab bukan sahaja bergantung kepada usaha keras, tetapi lebih penting adalah perancangan jangka panjang yang mantap.
“Apa yang anda lihat berlaku hari ini sudah dirancang sejak 2018. Bola sepak, politik dan sebagainya. Kini dalam bola sepak, tanggungjawab saya adalah untuk terus menang dan menambah baik prestasi pasukan,” katanya.
Baginda turut menekankan bahawa kegagalan dalam perancangan adalah sama seperti merancang untuk gagal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Begitu juga dengan siapa yang menguruskan kelab lain. Jika mereka gagal merancang, bermakna mereka merancang untuk gagal,” ujar baginda dengan nada yang tegas.
Menurutnya, baginda tidak menafikan wujudnya pihak yang tidak senang melihat kejayaan yang dicapai, namun baginda bertegas bahawa perkara itu bukan masalah baginda.
“Kalau kamu tidak suka saya menang, saya tidak boleh tolong kamu. Tapi pemimpin anda boleh tolong, mereka mesti merancang untuk menghentikan saya. Sebab saya tidak akan berhenti dengan apa yang saya lakukan,” jelas baginda.
Kenyataan ini dilihat sebagai satu cabaran terbuka daripada baginda kepada pengurusan kelab bola sepak lain di Malaysia untuk lebih proaktif dan serius dalam merangka strategi demi membangunkan sukan bola sepak tanah air secara profesional.
Pada masa sama, baginda juga meminta semua pihak untuk memandang serius soal perancangan dan pengurusan dalam semua bidang termasuk politik dan sukan, kerana kejayaan tidak datang secara tiba-tiba.
Kalau tak suka saya menang, rancanglah untuk kalahkan saya – TMJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.