Jangan terpedaya dakyah rosakkan liga
Jangan terpedaya dakyah rosakkan liga

Kuala Lumpur: Minda pemegang taruh bola sepak tempatan dikhuatiri mudah dipengaruhi dakyah negatif oleh pihak tertentu yang berhasrat melihat Liga Malaysia (Liga M) musnah.
Penganalisis sukan, Profesor Madya Zulakbal Abd Karim, memberi amaran bahawa persepsi buruk yang ditimbulkan tidak membantu kemajuan bola sepak negara, malah boleh mengundang lebih banyak kerugian kepada semua pihak berkepentingan.
“Pelbagai persepsi ditimbulkan terhadap Liga M, kononnya kelab tarik diri. Sedangkan, keputusan Lesen Kebangsaan oleh MFL (Liga Bolasepak Malaysia) pun belum diumumkan,” katanya.
Beliau menjelaskan, isu ‘kelab tarik diri’ tidak sepatutnya timbul kerana mana-mana pasukan yang tidak dapat lesen kelab profesional adalah disebabkan kegagalan mereka memenuhi kriteria pelesenan seperti kewangan, pentadbiran dan fasiliti yang ditetapkan oleh MFL dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
“Kriteria ini sama seperti liga luar negara. Jika tidak dipatuhi, bola sepak negara akan terus ketinggalan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Zulakbal yang juga pemegang Diploma Kejurulatihan Profesional AFC turut menegaskan, bola sepak Malaysia tidak akan mati jika semua pihak bersikap terbuka untuk belajar daripada negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan.
“Satu ketika dahulu, mereka datang menuntut ilmu bola sepak dengan kita. Tapi sekarang, mereka jauh ke depan kerana ada semangat belajar dan sikap mahu maju,” katanya.
Beliau turut menyentuh peranan kelab seperti JDT yang wajar dijadikan contoh kejayaan dan bukan dilihat sebagai ancaman kepada pasukan lain.
“Kalau Pulau Pinang, Kuching City atau Negeri Sembilan masih boleh bertahan, kenapa kelab lain tidak boleh? Jangan cepat mengalah,” tambahnya.
Katanya lagi, gerakan memboikot liga hanya akan merugikan semua pihak termasuk pemain, pegawai, petugas perlawanan dan juga peniaga kecil yang mencari rezeki di stadium.
“Sudah tiba masanya semua pihak bersatu, bukan berpecah. Bangkit dengan tindakan, bukan dakyah,” katanya.
Jangan terpedaya dakyah rosakkan liga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.