Imam lemas ketika memancing
Imam lemas ketika memancing

MERSING: Seorang imam sebuah masjid ditemui lemas selepas terjatuh dari bot dinaiki ketika memancing berhampiran Jeti Kampung Semaloi di sini, awal pagi tadi.
Mayat mangsa, Mohd Al-Hafitz Md Yunos, 45, ditemui jam 12 tengah hari tadi, kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Supian Yahya, berkata sebelum itu mangsa dilaporkan terjatuh dari bot dinaiki kira-kira jam 2.25 pagi.
“Mayat mangsa ditemui selepas lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Jeti Kampung Semaloi.
Beliau berkata, terdahulu sepasukan anggota dari BBP Endau dikejarkan ke lokasi dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengesahkan kes seorang lelaki terjatuh dari bot berhampiran jeti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Pencarian awal dilakukan pada jarak sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, namun terpaksa ditangguhkan jam 3.30 pagi atas faktor keselamatan dan keadaan gelap.
“Operasi disambung semula sekitar jam 8 pagi menggunakan dua bot milik bomba bersama bantuan 10 anggota PPDA dari Mersing dan Skudai,” katanya.
Imam lemas ketika memancing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.