DPMM FC sah sertai Liga Super, perkenal Fairuz sebagai rekrut pertama

DPMM FC sah sertai Liga Super, perkenal Fairuz sebagai rekrut pertama

DPMM FC sah sertai Liga Super, perkenal Fairuz sebagai rekrut pertama
FAIRUZ jadi taruhan terbaru DPMM FC. FOTO Ihsan Asean Football

Kuala Lumpur: Kelab bola sepak popular dari Brunei, DPMM FC dikhabarkan mengesahkan penyertaan mereka dalam Liga Super musim 2025/2026, yang dijangka bakal bermula beberapa bulan dari sekarang.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh pihak pengurusan kelab sewaktu memperkenalkan Fairuz Zakaria sebagai pemain terbaru dalam skuad mereka.

Penyertaan DPMM FC dalam kancah Liga Super adalah satu langkah besar buat kelab itu yang sudah lama menjadi antara pasukan utama di Malaysia sebelum ini.

Kini, DPMM FC bersedia untuk mengukuhkan kedudukan dan bersaing di pentas utama liga bola sepak negara.

Lebih menarik, pemain dari Brunei dan Malaysia akan dianggap sebagai pemain tempatan dalam pasukan DPMM bagi musim ini, satu peraturan yang memberi kelebihan besar kepada kelab.

“Fairuz Zakaria bersetuju untuk menyertai DPMM FC bagi menghadapi Liga Super Malaysia musim 2025/2026 akan datang.

“Pemain Brunei dan juga pemain Malaysia dianggap sebagai pemain tempatan untuk DPMM FC musim ini, yang merupakan berita sangat baik buat kami. Fairuz Zakaria adalah pemain Malaysia pertama yang akan berada dalam senarai DPMM,” kata pihak pengurusan kelab itu.

Situasi ini membuka ruang yang lebih luas bagi DPMM FC untuk membina skuad yang kompetitif dengan gabungan bakat tempatan dari dua negara.

Ia sekaligus meningkatkan daya saing mereka untuk menghadapi cabaran liga yang semakin mencabar.

Ketika ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum mengumumkan jumlah pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super musim 2025/2026.

Setiap pasukan yang berminat diberikan masa sehingga 10 Mei lalu untuk melengkapkan dokumen dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ini termasuk aspek pengurusan, kewangan, dan prasyarat lain bagi memastikan kelayakan mereka beraksi di liga tertinggi tanah air.

Penyertaan DPMM FC sudah tentu dijangka akan menambah seri dan persaingan dalam Liga Super, yang kini semakin mendapat perhatian ramai peminat bola sepak tempatan.

Pengurus DPMM FC turut menyatakan keyakinan bahawa pembabitan mereka dalam Liga Super akan memperkukuhkan hubungan bola sepak antara Brunei dan Malaysia serta memberi impak positif kepada perkembangan sukan bola sepak serantau.

DPMM FC sah sertai Liga Super, perkenal Fairuz sebagai rekrut pertama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker