Barang kes tak dikemuka, jatuh hukum penganggur bunuh ibu, bapa ditangguh
Barang kes tak dikemuka, jatuh hukum penganggur bunuh ibu, bapa ditangguh

KUALA LUMPUR: Keputusan kes seorang penganggur yang didakwa membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, dekat sini akan diputuskan Jumaat ini berikutan beberapa barang kes tidak dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman selepas tertuduh, Afendi Muhammad Agus@Muhamed Ali, 44, mengaku bersalah membunuh ibu bapanya pada 9 Disember 2023.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah memaklumkan beberapa barang kes fizikal seperti pisau dan mata pisau yang digunakan dalam kejadian itu tidak dibawa ke mahkamah.
Sehubungan itu, Hakim K Muniandy menetapkan Jumaat ini untuk jatuh hukum selepas Afendi mengulangi pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan sekali lagi oleh jurubahasa.
Pada 30 April lalu, Izalina memaklumkan kepada mahkamah bahawa berdasarkan laporan perubatan psikiatri daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta di Ipoh bertarikh 7 Februari 2025, beliau berpendapat Afendi tidak menghidap penyakit mental dan semasa kejadian pada 9 Disember 2023, keadaan mental lelaki itu adalah waras.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Sebelum ini, pada 27 November 2024, Muniandy memerintahkan Afendi menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi memastikan pengakuan bersalah yang dibuat pada 6 September 2024 adalah dalam keadaan waras serta sukarela.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Disember lalu media melaporkan mayat suami isteri warga emas ditemukan di ruang tamu kediaman mereka dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh selepas berlaku pergaduhan.
Barang kes tak dikemuka, jatuh hukum penganggur bunuh ibu, bapa ditangguh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.