Aisha Retno temui pengganti

‘Dah serius, saya kenalkan’

Aisha Retno temui pengganti

Aisha Retno temui pengganti
Setelah melalui episod putus cinta awal tahun ini, penyanyi Aisha Retno mengakui hatinya kini terbuka untuk mengenali insan baharu.

PETALING JAYA – Setelah melalui episod putus cinta awal tahun ini, penyanyi Aisha Retno mengakui hatinya kini terbuka untuk mengenali insan baharu.

Malah tanpa berselindung, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, mendedahkan dia sudah mengenali seseorang namun belum bersedia berkongsi identiti jejaka tersebut kepada umum.

“Siapa yang boleh mengetuk pintu hati saya dengan baik, saya okey sahaja, yang berjaya ketuk itu ada, tetapi selepas masuk kena lalu ruang tamu (ibu bapa) dahulu.

“Individu yang mengetuk pintu itu baru sangat lagi, malah kalau hendak cakap pengganti pun tidak juga. Saya baru lagi kenal dengan individu itu.

“Saya enggan hebohkan siapa dia. Bila sudah serius, saya akan kenalkan. Saya tidak berahsia mengenai pasangan, Apabila sudah tiba masa saya akan beritahu siapa dia,” katanya kepada Kosmo! Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Meskipun masih dalam fasa perkenalan, pelantun Samudera itu tidak menolak kemungkinan hubungan itu boleh pergi lebih jauh, asalkan individu tersebut mampu menerima cintanya yang mendalam terhadap muzik.

“Saya suka membandingkan, maksudnya saya bandingkan dengan pasangan dulu dengan yang sedang dikenali sekarang.

“Sekarang baru kenal-kenal dan dalam fasa awal perhubungan. Siapa yang dapat terima saya seadanya, saya akan teruskan.

“Bagaimanapun, ketika ini saya mahu memberi sepenuh cinta terhadap karier muzik. Jadi, siapa yang tak boleh terima cinta saya kepada muzik, dia boleh pergi,” katanya jujur.

Sebelum ini, Naib Johan Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) itu memaklumkan sudah berpisah dengan kekasih selepas beberapa bulan menjalin hubungan.

Malah, dia dan bekas kekasih berpisah secara baik dan masih berkawan hingga kini. – KOSMO! ONLINE

Aisha Retno temui pengganti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker