Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela Ling

Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela Ling
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan terhadap sebuah portal berita dalam talian yang disyaki menyiarkan laporan berhubung penemuan mayat Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya sehingga tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan panggil pihak yang terbabit untuk dirakam keterangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam polis mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial sebuah portal berita dalam talian bertajuk ‘Police Interview Pamela Ling’s Children and Family Friend in Death Investigation’ adalah palsu.

Hussein mengesahkan tiada apa-apa laporan diterima pihaknya berkaitan penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya, seperti yang dinyatakan dalam laporan tular berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Pada 9 April, Pamela, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan.

Laporan polis berhubung kehilangannya diterima pada jam 3.02 petang hari yang sama.

Polis siasat portal berita dakwa penemuan mayat Pamela Ling

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker