Ceroboh rumah Zarina Anjoulie, video amaran tular
Mengikut pertuduhan, kejadian berlaku pada 7 Mei lalu kira-kira jam 5 petang di Kampung Chelet, Nilai. Kes ini didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 6 bulan atau denda hingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, sebelum ini dua laporan polis telah dibuat oleh Anju melibatkan kes pencerobohan dan fitnah, termasuk isu berkaitan pemilikan sebuah kenderaan.
Sebelum kes ini meletup di mahkamah, tular satu video seorang wanita memberi amaran keras kepada selebriti popular tersebut, menuntut agar kereta miliknya dipulangkan atau tindakan undang-undang akan diambil.
Tertuduh mohon jaminan rendah
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Gejalaxmi, memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya hanya bekerja sendiri, bergaji tidak menentu, dan menanggung empat anak, seorang adik serta bapa yang sedang sakit di hospital.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin, manakala hukuman akan ditetapkan pada 19 Jun depan.
Pssttt! Dalam dunia digital hari ini, apa sahaja yang kita lakukan boleh menjadi bukti di mahkamah. Jangan biarkan emosi dan media sosial menjadi punca kita melanggar undang-undang. Hormati hak orang lain dan selesaikan dengan saluran yang betul.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
You must be logged in to post a comment.