Pelancong China lemas ketika menyelam di perairan Pulau Sipadan
Pelancong China lemas ketika menyelam di perairan Pulau Sipadan

SEMPORNA: Keterujaan seorang pelancong lelaki warga China menyertai aktiviti menyelam di perairan Pulau Sipadan, di sini, semalam, berakhir tragedi apabila lemas.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, pelancong berusia 37 tahun dipercayai turun menyelam tanpa pengawasan dan kebenaran jurulatih sebelum dilihat dalam keadaan panik dan tenggelam.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sobri Zainol berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 6.45 petang selepas dia disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.
Katanya, siasatan awal mendapati warga China itu adalah antara lapan penyelam dari pelbagai negara menyertai aktiviti menyelam di pusat peranginan berkenaan yang dikendalikan seorang jurulatih bersama empat juruselam profesional lain.
“Pelancong China itu dipercayai turun ke laut sendiri tanpa pengawasan jurulatih dan disedari oleh pemandu bot yang melihatnya dalam keadaan panik sebelum tenggelam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Seorang daripada juruselam kemudiannya menyelam dan berjaya menemuinya pada kedalaman kira-kira 25 meter dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Sobri berkata pelancong warga China itu diberikan bantuan pernafasan namun hanya menunjukkan respons dengan menarik nafas panjang dan muntah sebelum kembali tidak sedarkan diri.
Katanya, dia kemudian dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Tawau namun disahkan meninggal sebaik tiba.
“Pelancong itu menyertai aktiviti menyelam bersama isterinya yang turut berada di atas bot semasa kejadian berlaku,” katanya.
Mohd Sobri berkata berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) manakala proses bedah siasat dijadualkan jam 2 petang ini di Hospital Tawau.
Pelancong China lemas ketika menyelam di perairan Pulau Sipadan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.