Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Kotak coklat, teh berisi ganja bernilai lebih RM2 juta dirampas

Kotak coklat, teh berisi ganja bernilai lebih RM2 juta dirampas

Kotak coklat, teh berisi ganja bernilai lebih RM2 juta dirampas
PGA merampas 55.9 kg dadah jenis ganja di pangkalan haram Tok Awang Belulang pagi tadi. – Foto ihsan JPA

RANTAU PANJANG: Taktik licik sindiket penyeludupan dadah menyeludup 55.9 kilogram (kg) dadah jenis ganja menggunakan 13 kotak kononnya mengandungi coklat dan teh akhirnya tumpas selepas dirampas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, pagi tadi.

Rampasan membabitkan nilai keseluruhan lebih RM2 juta itu dilakukan Batalion 9 dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas di Pangkalan Haram Tok Awang Belulang, di sini, jam 7.30 pagi tadi.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata menerusi rampasan berkenaan pihaknya turut menahan dua individu masing-masing seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan seorang wanita warga Thailand berusia 52 tahun.

Katanya, rampasan dilakukan selepas pihaknya melihat sebuah pikap dan dua suspek sedang memunggah kotak dari pangkalan haram ke kenderaan terbabit.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemui 13 kotak yang bertulis coklat dan teh. Kotak berkenaan mengandungi lebih 80 paket plastik lutsinar dan didalamnya terdapat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Nilai rampasan keseluruhan termasuk dadah dan kenderaan membabitkan lebih RM2 juta. Ujian air kencing yang dilakukan terhadap suspek turut mendapati suspek wanita warga Thailand positif dadah jenis methamphetamin,” katanya.

15(1)(a) ADB 1952.

Katanya, rampasan dan tangkapan diserah kepada IPD Pasir Mas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

“PGA akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di pangkalan haram bagi memastikan tiada sebarang pembolosan dan penyeludupan,” katanya.

Kotak coklat, teh berisi ganja bernilai lebih RM2 juta dirampas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker