JKM Pahang cadang Asmawi diberi rawatan berkala
JKM Pahang cadang Asmawi diberi rawatan berkala

Kuantan: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengadakan perbincangan dengan keluarga bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman.
Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, perbincangan membabitkan masa depan lelaki berkenaan yang kini sedang menerima rawatan di Wad Psikiatrik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Menurutnya, pihaknya mendapati keluarga Mohamad Asmawi yang menetap di Kemaman, Terengganu dilihat begitu mengambil berat tentang keadaan lelaki terbabit yang sebelum ini dilihat berada di kawasan Taman Kerang, di sini.
Katanya, keluarga (bapa dan ibu tiri) lelaki berkenaan berbincang dengan pihak hospital (Psikiatri) HTAA yang mencadangkan supaya menempatkan Mohamad Asmawi di pusat jagaan yang bersesuaian bagi membolehkan rawatan dapat diteruskan selepas dia dibenarkan keluar daripada hospital.
“JKM Kuantan merujuk kes bekas pemain hoki kebangsaan itu ke JKM Kemaman bagi tujuan perkhidmatan bantuan untuk Mohamad Asmawi serta sokongan psikologi kepada keluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Kita menasihatkan keluarga supaya Mohamad Asmawi diberi rawatan secara berkala bagi membolehkan Pakar Psikiatrik sahkan dia sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) mental seterusnya layak didaftarkan sebagai OKU dibawah JKM,” katanya, di sini semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan Mohamad Asmawi sepanjang dia menerima rawatan di sini dan diharapkan ada sinar buatnya selepas menerima rawatan wad psikiatrik HTAA.
JKM Pahang cadang Asmawi diberi rawatan berkala
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.