Jawapan Spontan Syed Saddiq Semakin Menjadi-Jadi
“Duduk Sebelah Bella Buat Saya Bahagia”
Jawapan Spontan Syed Saddiq Semakin Menjadi-Jadi
Hanya tiga patah perkataan, namun cukup untuk membuat netizen bergelora dan laman sosial kembali hangat dengan spekulasi serta usikan manja. Itulah jawapan spontan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menjawab soalan yang diajukan oleh pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini.
Soalan yang kelihatan biasa, “Cara YB Syed Saddiq atasi stres?”, disambut dengan penuh gaya santai dan bersahaja. Namun siapa sangka, jawapan balas Saddiq bukan sahaja mengejutkan Bella hingga kedua-duanya tertawa bersama, malah mencetuskan gelombang komen dalam kalangan netizen yang tidak henti-henti membuat spekulasi tentang hubungan istimewa mereka.
Perbualan ringkas itu menjadi detik tular yang menyegarkan semula gosip hangat mengenai gandingan dua figura ini. Netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi, ada yang terhibur, ada yang ‘naik angin manja’, dan ramai juga yang semakin yakin akan ‘chemistry’ antara dua personaliti berpengaruh ini. Rata-rata memuji cara Saddiq menjawab sebagai spontan namun “bermakna”, malah tidak kurang yang menyifatkan beliau sebagai seorang lelaki yang cukup ‘gentleman’.
Fenomena gandingan Syed Saddiq dan Bella Astillah, atau lebih dikenali peminat sebagai ‘BASS’, sememangnya bukan asing dalam kalangan pengguna media sosial. Gandingan mereka mula mencuri perhatian sewaktu kempen jenama pakaian tempatan, dan keterujaan peminat semakin memuncak selepas Saddiq turut membuat kemunculan khas dalam video muzik Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Apa yang lebih mencuri tumpuan, hubungan akrab mereka seolah-olah turut direstui oleh keluarga masing-masing. Walaupun kedua-duanya masih belum mengesahkan secara rasmi status hubungan mereka, kenyataan terbuka keluarga yang menyambut baik seandainya gosip tersebut menjadi kenyataan, memberi bayangan bahawa tiada halangan andai percintaan antara dua dunia seni dan politik, benar-benar bersemi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Walau apa pun status sebenar di sebalik kemesraan ini, yang pasti, gandingan Saddiq dan Bella kini bukan sahaja mencuri perhatian rakyat Malaysia, bahkan turut mencetuskan bualan sehingga ke Korea Selatan. Dalam dunia hiburan yang serba pantas, kadang-kala hanya perlu satu senyuman, satu pandang, atau seperti kali ini, satu ayat ringkas, untuk mencetuskan fenomena.
Jawapan Spontan Syed Saddiq Semakin Menjadi-Jadi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.