Dua warga Indonesia ditahan disyaki melombong emas secara haram di Jeli
Dua warga Indonesia ditahan disyaki melombong emas secara haram di Jeli

JELI: Dua lelaki warga Indonesia ditahan di sini, kelmarin, dalam operasi bersama Pejabat Tanah dan Galian selepas disyaki melakukan aktiviti perlombongan emas haram.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata ketika diperiksa kedua-duanya gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri serta permit sah berkaitan perlombongan itu.
Katanya, susulan serbuan itu, pihaknya merampas sebuah jentera excavator, janakuasa dan mesin palong yang dipercayai digunakan untuk aktiviti berkenaan.
“Suspek berusia 30 dan 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Bagi kes melombong secara haram, kita serahkan kepada PTG untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Kamarulzaman berkata polis akan terus komited menjalankan operasi berterusan bagi membanteras sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan dan aktiviti haram di sempadan negara.
Dua warga Indonesia ditahan disyaki melombong emas secara haram di Jeli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.