AKPS tolak kemasukan 112 warga asing di KLIA

AKPS tolak kemasukan 112 warga asing di KLIA

AKPS memeriksa 300 individu dari pelbagai negara melalui operasi dijalankan di KLIA. -NSTP/ASWADI ALIAS
AKPS memeriksa 300 individu dari pelbagai negara melalui operasi dijalankan di KLIA. -NSTP/ASWADI ALIAS

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menolak kemasukan 112 warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan agensi itu.

AKPS dalam kenyataan memaklumkan mereka yang ditahan terdiri warga Bangladesh, Pakistan dan India.

“Mereka dibawa ke Pejabat Unit Pemantau AKPS KLIA untuk pemeriksaan lanjut sebelum keputusan rasmi penolakan kemasukan dikeluarkan terhadap mereka,” menurut kenyataan itu.

AKPS memaklumkan operasi terbabit memeriksa 300 individu dari pelbagai negara dan mendapati sebilangan daripada warga asing itu telah mendarat lebih enam jam, namun tidak hadir ke kaunter untuk pemeriksaan imigresen.

Hasil pemantauan mendapati tindakan mereka ini disengajakan dan mencetuskan keraguan terhadap tujuan kedatangan ke negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


AKPS akan terus mempergiat aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pintu masuk serta kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.

AKPS tolak kemasukan 112 warga asing di KLIA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker