Aaron-Wooi Yik lonjak ke tangga ketiga dunia

Aaron-Wooi Yik lonjak ke tangga ketiga dunia

Aaron-Wooi Yik lonjak ke tangga ketiga dunia
AARON dan Wooi Yik kini mengumpul 83,170 mata. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Gandingan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memperbaharui ranking apabila melonjak ke tangga ketiga dunia berbanding kedudukan kelima, berdasarkan kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Peningkatan itu susulan kejayaan Aaron-Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand 2025 pada Ahad lepas dengan mengumpul 83,170 mata untuk berada di belakang beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dengan 91,090 mata.

Gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen kekal mengungguli ranking utama dunia.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah pula kekal di kedudukan keempat dengan 82,466 mata di belakang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee yang mengumpul 87,500 dan Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun kedua dengan 92,932 mata.

Pasangan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning unggul di ranking utama setelah mengumpul 103, 734 mata.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Pada aksi final Terbuka Thailand 2025, Aaron-Wooi Yik muncul juara kejohanan Super 500 itu selepas mengalahkan Wiiliam Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark 20-22, 21-17, 21-12 manakala Pearly-Thinaah merangkul gelaran pertama mereka musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17.

Aaron-Wooi Yik lonjak ke tangga ketiga dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker