2 beradik tidak bernyawa ditemukan berpelukan di dusun durian
2 beradik tidak bernyawa ditemukan berpelukan di dusun durian

JAKARTA – Dua adik-beradik di bawah umur ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dan berpelukan di sebuah dusun durian di Pesisir Barat, Lampung, lapor portal berita Detikcom.
Si abang dikenali sebagai AT berumur 8 tahun dan adiknya, KK berumur 4 tahun. Mereka ditemukan dengan kesan kecederaan, baru-baru ini.
“Ini jelas (dua beradik itu) merupakan mangsa pembunuhan,” kata Pengarah Jenayah Umum Polis Lampung, Komisioner Pahala Simanjuntak.
“Terdapat bekas luka pada tubuh kedua-dua mangsa.
“Luka-luka ini disebabkan benda tajam, kemudian lengan salah satu mangsa putus,” tambahnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Polis masih menyiasat kes itu dan sedang mencari pembunuh mereka.
Sebelum ditemukan mati, dua beradik itu sempat meminta izin daripada ibu bapa mereka untuk mencari durian di dusun.
Namun, sehingga malam menjelma, kedua-dua mereka tidak pulang ke rumah menyebabkan penduduk tempatan mencari mereka. – AGENSI
2 beradik tidak bernyawa ditemukan berpelukan di dusun durian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
You must be logged in to post a comment.