Warga emas meninggal dunia ketika tunaikan solat Maghrib
Warga emas meninggal dunia ketika tunaikan solat Maghrib
KULIM: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas rebah ketika menunaikan solat Maghrib di Surau Al Madinah, Taman Lobak, di sini, semalam.
Warga emas terbabit, Raji Ahmad, 77, meninggal dunia di surau dan disedari jemaah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, anak lelakinya yang berusia 42 tahun memaklumkan bapanya rebah dan tidak sedarkan diri pada jam 7.29 malam.
Beliau berkata, setibanya di Surau Al-Madinah, anak warga emas itu mendapati pegawai perubatan Hospital Kulim sampai di lokasi dan mengesahkan kematian bapanya pada jam 8.05 malam.
“Hasil temubual, anak lelakinya yang berusia 42 tahun memaklumkan bapanya tidak mempunyai sejarah penyakit dan tiada rekod perubatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Kematian warga emas itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Warga emas meninggal dunia ketika tunaikan solat Maghrib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.