Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Wanita Thailand maut, anak cedera nahas motosikal-treler di Padang Besar

Wanita Thailand maut, anak cedera nahas motosikal-treler di Padang Besar

Wanita Thailand maut, anak cedera nahas motosikal-treler di Padang Besar
Treler dipercayai belok ketika lampu isyarat berwarna kuning sebelum melanggar motosikal ditunggang dua beranak itu. – Foto FB Malaysia hari ini

KANGAR: Seorang wanita Thailand maut, manakala anak lelakinya cedera apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di bawah jejambat Padang Besar, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata Patcharee Nunim, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, anak mangsa berusia 15 tahun pula mengalami kecederaan ringan dalam nahas sekitar jam 6.05 petang itu.

Beliau berkata, insiden dipercayai berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah Padang Besar itu membelok ke kanan bawah jejambat itu menghala ke Chuping ketika lampu isyarat berwarna kuning sebelum melanggar motosikal ditunggang dua beranak terbabit.

“Motosikal ditunggang wanita itu bersama pembonceng pula dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar menghala ke FELDA Rimba Mas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Akibat kemalangan berkenaan, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada jam 6.30 petang oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mohd Shokri berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu treler itu pula direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, hasil ujian urin pemandu treler yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu bagaimanapun didapati negatif dadah.

Wanita Thailand maut, anak cedera nahas motosikal-treler di Padang Besar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker