Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Polis tahan lelaki disyaki cederakan anak guna ‘timing belt’ kereta

Polis tahan lelaki disyaki cederakan anak guna ‘timing belt’ kereta

Polis tahan lelaki disyaki cederakan anak guna 'timing belt' kereta

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki disyaki mencederakan anak perempuannya, termasuk dengan menggunakan getah ‘timing belt’ kenderaan, di Kampung Sharip di sini, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 13 tahun itu membantu bapanya membaiki kenderaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, berkata insiden itu dilaporkan oleh bekas isteri suspek selepas menerima gambar kecederaan mangsa yang dihantar anaknya melalui aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan laporan ibu mangsa, beliau berkata, pelajar Tingkatan Satu itu didakwa lebam di bahagian belakang badan, rusuk dan kaki kanan.

“Susulan itu, suspek berusia 38 tahun ditahan kira-kira jam 12.10 tengah hari oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Suspek disyaki mencederakan anak kandungnya dengan menggunakan tangan dan alat ganti kereta, iaitu getah ‘timing belt’, ketika mangsa membantu membaiki kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Polis tahan lelaki disyaki cederakan anak guna ‘timing belt’ kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker