Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Pelancong mengamuk tanpa seurat benang

Pelancong mengamuk tanpa seurat benang

Pelancong mengamuk tanpa seurat benang
POLIS berjaya menangkap pelancong asing yang mengamuk dalam keadaan berbogel. – Foto The Pattaya News

BANGKOK – Seorang pelancong asing dipercayai warga Eropah mengamuk dalam keadaan tanpa seurat benang di Pattaya, Thailand, lapor laman berita The Pattaya News hari ini.

Kira-kira pukul 12.30 tengah malam (waktu tempatan), Balai Polis Banglamung di wilayah Chonburi menerima laporan daripada penduduk yang cemas melihat seorang pelancong asing bersikap tidak menentu dalam keadaan berbogel.

Pihak berkuasa segera menghantar anggota-anggotanya dan menyelaras dengan pasukan sukarelawan untuk menangkap suspek.

Dia dikatakan berumur antara 30 hingga 40 tahun.

Menurut seorang penyelamat sukarelawan, Kamphon Malison, pasukan penyelamat mendapati bahawa pelancong yang identitinya tidak didedahkan itu cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh polis dan mengamuk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


β€œDia berada dalam keadaan tidak menentu, membaling batu dan kerusi kepada kami,” katanya.

Lelaki tersebut turut memegang kerusi dan batu sambil merosakkan harta benda penduduk.

Dia akhirnya berjaya ditangkap walaupun memberikan tentangan kepada polis dan pasukan sukarelawan. – AGENSI

Pelancong mengamuk tanpa seurat benang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker