Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Pearly-Thinaah kini fokus Masters Malaysia

Pearly-Thinaah kini fokus Masters Malaysia

Pearly-Thinaah kini fokus Masters Malaysia
PEARLY dan M Thinaah (kanan) ketika sesi uji gelanggang di Axiata Arena Bukit Jalil untuk Masters Malaysia. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Hanya sehari selepas bergelar juara Terbuka Thailand, pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah kembali turun ke gelanggang untuk menggalas cabaran di kejohanan Masters Malaysia 2025 yang bakal membuka tirai esok.

Walaupun isu mengenai kontrak mereka bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum dimuktamadkan, kedua-dua pemain menegaskan perkara itu tidak akan mengganggu fokus mereka untuk beraksi di laman sendiri.

Mengakui masih keletihan selepas pulang dari Bangkok, Pearly dan Thinaah kekal bersemangat untuk menyambung rentak kemenangan mereka.

Bagi Thinaah, beraksi di hadapan penyokong sendiri menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus mengorak langkah lebih jauh dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 itu.

“Sudah tentu kami rasa sangat teruja untuk bermain di gelanggang sendiri sekali lagi. Kami cuma nak berikan yang terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Tetapi seperti biasa, kami tidak mahu meletakkan tekanan yang banyak dan kejuaraan semalam itu sudah berlalu. Jadi kami cuma mahu fokus satu perlawanan demi satu perlawanan dan menantikannya,” kata Thinaah.

Ketika diajukan soalan sama ada kemenangan di Thailand menjadi petanda bahawa mereka akan kekal bersama BAM, kedua-duanya memilih untuk enggan mengulas lanjut.

Tahun lalu, perjuangan Pearly-Thinaah di pentas Masters Malaysia terkandas di separuh akhir selepas tunduk kepada gandingan Korea Selatan, Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 16-21, 11-21.

Namun kali ini, mereka hadir dengan misi berbeza, mahu menebus kekecewaan itu dan membuktikan kejuaraan di Bangkok bukan sekadar tuah semata-mata.

Dalam aksi Masters Malaysia kali ini, pasangan di ranking keempat dunia itu akan membuka saingan menentang beregu Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying.

 

Pearly-Thinaah kini fokus Masters Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker