Nelayan hilang bot kena rempuh dekat perairan Pulau Klang
Nelayan hilang bot kena rempuh dekat perairan Pulau Klang

PELABUHAN KLANG: Seorang nelayan hilang, manakala dua terselamat selepas bot gentian dinaiki mereka dirempuh bot pukat tunda berhampiran perairan Pulau Klang, dekat sini, malam tadi.
Kejadian sekitar jam 11 malam, kira-kira 0.3 batu nautika utara Pulau Klang ketika tiga nelayan itu sedang menangkap ikan.
Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Selangor segera mengerah bot ronda ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal mangsa yang hilang, Zamri Mohd Harun, 56.
Dua lagi nelayan, Suzamri Mohd Sabri, 56, dan Yazid Harun, 52, dibawa ke Jeti Maritim Negeri Selangor dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, jam 12.35 tengah malam rawatan susulan akibat cedera dan keletihan.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, dua mangsa diselamatkan bot lain yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Bagaimanapun, seorang lagi nelayan masih belum ditemui. Dia dipercayai hilang di laut, kali terakhir dilihat memakai baju berwarna biru-merah serta seluar berwarna biru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nelayan hilang bot kena rempuh dekat perairan Pulau Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.