Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Kes peniaga belon: Lelaki ugut penguat kuasa DBKL akan didakwa esok

Kes peniaga belon: Lelaki ugut penguat kuasa DBKL akan didakwa esok

Kes peniaga belon: Lelaki ugut penguat kuasa DBKL akan didakwa esok
Rusdi (tiga, kiri), bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff (lima, kiri), menjawab soalan daripada penduduk ketika sesi Townhall sempena Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat ‘PPR Bestari’ 2025 di Dewan Serbaguna PPR Seri Desa Rejang, Kuala Lumpur. – Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok kerana mengugut anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui media sosial susulan insiden membabitkan peniaga belon yang tular hujung Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

“Kes ini membabitkan ugutan yang dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook terhadap pihak penguat kuasa.

“Pertuduhan dijadual dilakukan di mahkamah esok,” katanya pada sidang media selepas Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat ‘PPR Bestari’ Tahun 2025 di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Desa Rejang, hari ini.

Kes itu berkait insiden tular membabitkan seorang penjaja dikenali sebagai Muhammad Zaimuddin Azlan atau ‘Abang Belon’, yang mendakwa dikasari anggota penguat kuasa DBKL dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pada 28 Mac lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Susulan kejadian itu, beberapa laporan polis dibuat termasuk oleh penguat kuasa DBKL yang mendakwa menerima ugutan menerusi platform media sosial.

Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyiasat bentuk dan kandungan ugutan yang disebarkan.

Kes peniaga belon: Lelaki ugut penguat kuasa DBKL akan didakwa esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker