Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Dua mayat warga Singapura ditemui di inap desa Cheras disahkan suami isteri

Dua mayat warga Singapura ditemui di inap desa Cheras disahkan suami isteri

Dua mayat warga Singapura ditemui di inap desa Cheras disahkan suami isteri
Ketua Polis KL, Datuk Rusdi Mohd Isa. – Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua individu warga Singapura yang ditemui mati dalam sebuah rumah inap desa di Taman Tayton View, Cheras, di sini, kelmarin sebagai pasangan suami isteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar.

Katanya, mereka datang dan menyewa inap desa berkenaan sebelum ditemui tidak bernyawa dalam bilik oleh pekerja premis.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan. Mayat kedua-duanya belum dituntut dan masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya.

Ketika ditanya mengenai punca sebenar kejadian, Rusdi berkata perkara itu masih dalam siasatan dan tiada sebarang nota ditinggalkan di tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Semalam, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata lelaki berusia 43 tahun dan wanita 33 tahun itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, namun tubuh mereka sudah mula mereput dan berbau.

Katanya, pekerja inap desa berkenaan memeriksa unit berkenaan selepas gagal menghubungi mereka beberapa kali kerana mereka dikatakan sudah mendaftar keluar pada hari kejadian.

“Siasatan awal tidak menemui kesan kecederaan pada tubuh si mati dan tiada petunjuk menunjukkan unsur jenayah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua ruang udara di pintu dan tingkap ditutup rapat menggunakan pita pelekat serta plastik sampah berwarna biru,” katanya.

Aidil berkata pasukan forensik turut menemui pemanggang berbeku yang mengandungi sisa arang yang sudah dibakar, dipercayai digunakan sebelum kematian berlaku.

Dua mayat warga Singapura ditemui di inap desa Cheras disahkan suami isteri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker