Wanita berstatus isteri disyaki berkhalwat dengan lelaki bujang

Wanita berstatus isteri disyaki berkhalwat dengan lelaki bujang

Wanita berstatus isteri disyaki berkhalwat dengan lelaki bujang
Anggota penguat kuasa agama menahan pasangan kekasih disyaki berkhalwat. – Foto PADK

KULIM: Helah sepasang kekasih yang tinggal bersama dengan memberitahu jiran kononnya mereka baru berkahwin akhirnya terbongkar apabila dicekup penguat kuasa agama, awal pagi tadi.

Wanita berusia 29 tahun yang masih berstatus isteri dan lelaki bujang berusia 23 tahun itu ditahan disyaki berkhalwat di rumah sewa wanita itu di Padang Serai, di sini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pasangan itu ditahan pada jam 1.45 pagi, selepas pihaknya menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di rumah berkenaan.

Ketika serbuan, beliau berkata, pintu rumah dibuka wanita terbabit yang mempunyai empat anak, namun pemeriksaan lanjut menemukan lelaki bersembunyi di belakang pintu dengan memakai seluar jeans tanpa baju.

“Soal siasat dilakukan yang mendapati wanita itu masih berstatus isteri tetapi dalam proses bercerai. Dia juga mendakwa suaminya kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah sejak November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Anwar Sharifuddin berkata, wanita itu bekerja di kilang di Prai, Pulau Pinang mendakwa berkenalan dengan lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu jentera pada awal tahun ini, manakala semua anaknya berusia lima hingga 12 tahun dijaga ibu bapanya yang tinggal tidak jauh dari situ.

“Mereka mengaku suami isteri kepada jiran untuk mengaburi perbuatan maksiat, bahkan ibu bapa wanita itu juga tidak mengetahui lelaki berkenaan tinggal di rumah itu,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014.

Wanita berstatus isteri disyaki berkhalwat dengan lelaki bujang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker