Keluarga pesakit adakan sesi karaoke di hospital

Keluarga pesakit adakan sesi karaoke di hospital

Keluarga pesakit adakan sesi karaoke di hospital
Tangkap layar menunjukkan ahli keluarga pesakit menyanyi di dalam wad. – TikTok

JAKARTA – Sebuah keluarga mengundang kecaman orang ramai kerana mengadakan sesi karaoke di dalam wad ketika melawat pesakit, lapor portal berita Lambe Turah hari ini.

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @madem2691 memaparkan ahli-ahli keluarga pesakit itu menyanyi dengan iringan muzik yang kuat.

Situasi itu mencetuskan kemarahan kakitangan hospital kerana mengganggu pesakit lain.

“Tidak boleh berkaraoke di dalam hospital!” kata seorang kakitangan hospital berkenaan dalam klip video tersebut.

Mereka kemudian diarah untuk mematikan peranti karaoke mudah alih tersebut dan keluar daripada hospital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Setakat ini, lokasi sebenar kejadian di Indonesia itu masih belum diketahui.

Rakaman video tersebut mencatatkan lebih 2.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

“Dia jadikan hospital seperti hotel,” kata seorang netizen. – AGENSI

Keluarga pesakit adakan sesi karaoke di hospital

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker