Juara Piala Dunia Brazil, Lucio, melecur teruk selepas letupan domestik AFP
Juara Piala Dunia Brazil, Lucio, melecur teruk selepas letupan domestik AFP

Rio De Janeiro: Bekas pemain pertahanan Brazil dan juara Piala Dunia 2002, Lucio, kini sedang menerima rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan akibat melecur dalam satu kejadian domestik, lapor wakilnya semalam.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Lucio, pemain berusia 47 tahun itu kini dalam keadaan stabil, sedar dan menerima rawatan rapi.
“Kecederaan yang dialaminya sedang dirawat secara khusus dan keadaan klinikalnya menunjukkan perkembangan positif,” menurut kenyataan itu.
Lucio dimasukkan ke sebuah hospital di Brasilia sejak Khamis lalu selepas mengalami insiden yang berlaku di kediamannya.
Lucio adalah antara watak penting ketika Brazil menjulang trofi Piala Dunia 2002 di bawah kendalian Luiz Felipe Scolari. Sepanjang karier antarabangsa, beliau meraih 105 kaps bersama skuad kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Bekas pertahanan kental itu turut mencipta nama di peringkat kelab bersama dua gergasi Eropah iaitu Bayern Munich dan Inter Milan, di mana beliau memenangi pelbagai kejuaraan termasuk Liga Juara-Juara Eropah.
Lucio mengumumkan persaraannya pada tahun 2020 selepas lebih dua dekad beraksi dalam kancah bola sepak profesional.
Juara Piala Dunia Brazil, Lucio, melecur teruk selepas letupan domestik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.