Erling Haaland tolak ambil penalti, Manchester City gagal di final Piala FA
Erling Haaland tolak ambil penalti, Manchester City gagal di final Piala FA

London: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui beliau terkejut apabila penyerang Norway, Erling Haaland, menolak untuk mengambil sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Crystal Palace pada Sabtu, yang akhirnya disia-siakan oleh Omar Marmoush.
City ketika itu ketinggalan 1-0 hasil jaringan Eberechi Eze, namun diberikan sepakan penalti pada separuh masa pertama selepas Tyrick Mitchell menjatuhkan Bernardo Silva di dalam kotak penalti.
Haaland, yang masih belum menjaringkan gol dalam lima penampilan di Wembley untuk City, kelihatan bersedia untuk menamatkan badi itu, tetapi sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Marmoush.
Malangnya, sepakan penalti Marmoush yang pertama untuk City diselamatkan dengan cemerlang oleh Dean Henderson.
“Saya sangka dia (Haaland) akan mengambil sepakan itu, tapi mereka tidak berbincang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Dalam detik sebegitu, ia bergantung kepada perasaan dan keyakinan pemain. Mereka putuskan Omar bersedia untuk ambil.
“Omar mengambil masa yang agak lama sebelum menyepak, dan itu menambahkan tekanan. Henderson pula membuat penyelamatan yang bagus,” kata Guardiola.
Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney, yang bertugas sebagai penganalisis di BBC, berkata beliau percaya tekanan mungkin mempengaruhi keputusan Haaland.
“Dia memang penyerang kelas dunia, tetapi kalau kita bercakap mengenai Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo, mereka tak akan lepaskan bola itu kepada orang lain.
“Itulah yang membezakan mereka dengan pemain seperti Haaland atau Kylian Mbappe. Mereka bersifat ‘selfish’ dan mahu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.
“Haaland sudah jaringkan 30 gol musim ini, tapi dia juga telah gagal menyempurnakan tiga daripada tujuh penalti yang diambil,” kata Rooney.
Erling Haaland tolak ambil penalti, Manchester City gagal di final Piala FA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.