Beruang masuk rumah awal pagi, dipercayai cari makanan

Beruang masuk rumah awal pagi, dipercayai cari makanan

Beruang masuk rumah awal pagi, dipercayai cari makanan
Beruang matahari yang ditangkap di Taman Tanah Putih, Pekan, semalam. – Foto ihsan APM Pahang

KUANTAN: Seekor beruang matahari jantan seberat 60 kilogram, ditangkap di kawasan tapak perumahan dalam pembinaan di Taman Tanah Putih, Pekan, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pekan, Kapten (PA) Ahmad Azmi Nafiah, berkata haiwan liar itu ditangkap selepas ditembak ubat pelali pada jam 9.45 pagi.

Terdahulu, beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.36 pagi daripada penduduk yang melaporkan beruang itu berkeliaran di kawasan taman perumahan.

“Kami dimaklumkan bahawa beruang matahari itu memasuki sebuah rumah di kampung berhampiran kira-kira jam 4.30 pagi (semalam) serta merosakkan beberapa barang.

“Haiwan berkenaan kemudian dikesan sekitar jam 8.30 pagi di Taman Tanah Putih sebelum orang awam memaklumkan kepada APM.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


“Berikutan itu, lima anggota APM diketuai Fareez Ezairy Nazeri bersama pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Azmi berkata, beruang matahari itu dikesan di sebuah rumah di tapak pembinaan sebelum anggota PERHILITAN berjaya menangkapnya.

Beliau berkata, haiwan liar itu dalam keadaan stabil dan telah diserahkan kepada PERHILITAN untuk dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Beruang masuk rumah awal pagi, dipercayai cari makanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker