Polis cari lelaki bawa anjing di restoran
Polis cari lelaki bawa anjing di restoran

SEGAMAT: Polis mengesan seorang lelaki yang tular membawa anjing peliharaannya ketika minum di sebuah restoran nasi kandar di Segamat baru-baru ini.
Menerusi video itu, lelaki dipercayai berusia 20-an dilihat meletak anjing peliharaannya atas bangku sebelum pekerja premis terbabit tampil membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata polis mengesan video itu semalam selepas tular di media sosial.
Siasatan awal mendapati kejadian jam 12 tengah hari di sebuah restoran nasi kandar pada Ahad lalu.
Kerusi letak anjing sudah dibuang
“Dalam video yang tular itu, seorang individu dilihat membawa anjing peliharaan ketika minum. Susulan itu, pekerja premis terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bagi memberi keterangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
“Pekerja berkenaan juga memaklumkan kerusi yang diduduki anjing sudah dibuang selepas perkara itu dimaklumkan kepada majikan,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Zamry berkata, usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut kes itu turut membabitkan Majlis Perbandaran Segamat mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1970.
“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai lelaki itu bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Polis cari lelaki bawa anjing di restoran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
You must be logged in to post a comment.