Ferrari 458 Spider dipandu warga Singapura hangus selepas langgar penghadang jalan

Ferrari 458 Spider dipandu warga Singapura hangus selepas langgar penghadang jalan

Ferrari 458 Spider dipandu warga Singapura hangus selepas langgar penghadang jalan
Saki-baki Ferrari yang hangus selepas kemalangan di Muadzam Shah, Rompin. – Foto ihsan polis

KUANTAN: Seorang jurutera teknologi maklumat dari Singapura bersama teman wanitanya berdepan detik cemas selepas kereta mewah dinaiki terbakar selepas terbabit dalam kemalangan hari ini.

Kejadian berlaku di Kilometer 110 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Jambatan Kampung Gadak, Muadzam Shah, dekat Rompin membabitkan Ferrari 458 Spider dipandu lelaki berusia 34 tahun kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi, berkata siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Cherating untuk melancong bersama rakan membabitkan konvoi 13 kereta Ferrari pelbagai model dari Singapura.

“Kereta mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar penghadang jalan, sebelum kereta itu terbakar dan musnah keseluruhannya.

“Bagaimanapun, mangsa dan teman wanitanya sempat menyelamat diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya melalui kenyataan.

Ferrari 458 Spider dipandu warga Singapura hangus selepas langgar penghadang jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker