Dua maut, termasuk penunggang basikal nahas babitkan 3 kenderaan

Dua maut, termasuk penunggang basikal nahas babitkan 3 kenderaan

Dua maut, termasuk penunggang basikal nahas babitkan 3 kenderaan
Kereta Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 156 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin. – Foto ihsan PDRM

KUANTAN: Dua maut, termasuk penunggang basikal dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 156 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif, berkata mereka yang maut ialah Mohamad Shahrul Hazim Mohd Sharif, 28, iaitu pemandu kereta jenis Perodua Myvi dan penunggang basikal, Khairul Azraie Abdul Azim, 22.

Beliau berkata, berdasarkan laporan pihaknya menerima maklumat kes kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta Myvi, basikal dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR pada jam 3.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Mohamad Shahrul dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan.

“Sejurus tiba di lokasi, pemandu kereta itu merempuh basikal ditunggang Khairul Azraie yang dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

“Pemandu terbabit yang tidak sempat mengelak merempuh penunggang basikal sebelum keretanya terbabas ke dalam tali air.

“Pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang wanita berusia 36 tahun yang datang dari arah Kuantan ke Johor Bahru terkena serpihan komponen kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan.

“Akibat kemalangan ini, pemandu kereta dan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat, manakala penunggang motosikal hanya luka di badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi yang melihat kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin Inspektor Nurul Iffah Kamarrudin di talian 019-916 9509 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Dua maut, termasuk penunggang basikal nahas babitkan 3 kenderaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker