Polis tahan individu sebar video palsu puntianak

Polis tahan individu sebar video palsu puntianak

Polis tahan individu sebar video palsu puntianak
Video tular memaparkan kelibat wanita berambut panjang bertenggek di atas dahan pokok yang didakwa puntianak. – Istimewa/Suara Jelata

JAKARTA – Empat individu ditahan kerana menyebarkan video palsu berhubung dakwaan penampakan puntianak di sebuah kampung di Sinjai, wilayah Sulawesi Selatan, sehingga mencetuskan keresahan orang ramai, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Polis Sinjai Timur menahan Adil, 33; Rosandi, 36; Arman, 42 dan Harmin, 32, pada Ahad lalu.

“Kami sudah menyoal siasat kesemua mereka yang menyebarkan video palsu tersebut,” kata Ketua Polis Sinjai Timur, Inspektor Muhsin.

Tambah Muhsin, kesemua individu terbabit mengaku mereka mengambil video dari laman sosial sebelum memuat naiknya semula dengan keterangan palsu yang menyebut bahawa kejadian berlaku di Kampung Lasiai.

“Video itu sebenarnya palsu. Namun, mereka menyebarkannya melalui laman Facebook dan menulis keterangan seolah-olah ia berlaku di Kampung Lasiai,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Tambah Muhsin, keempat-empat individu tersebut tidak ditangkap untuk didakwa, sebaliknya mereka diperintah membuat surat perjanjian serta meminta maaf secara terbuka.

“Mereka membuat surat perjanjian yang menyebut tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Jika mereka mengulanginya, barulah kita akan mendakwa mereka,” katanya.

Minggu lalu, satu video tular memaparkan kelibat wanita berambut panjang bertenggek di atas dahan pokok yang didakwa puntianak.

Video itu meresahkan penduduk kampung sebelum polis tampil menjelaskan bahawa ia adalah palsu. – AGENSI

 

Polis tahan individu sebar video palsu puntianak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker