Pembantu rumah letak cecair peluntur dalam sup ayam

Pembantu rumah letak cecair peluntur dalam sup ayam

Pembantu rumah letak cecair peluntur dalam sup ayam
Pembantu rumah itu mengaku atas perbuatannya ketika ditanya oleh majikan. – TikTok

JAKARTA – Seorang pembantu rumah di Batam, Kepulauan Riau mengundang kecaman orang ramai kerana cuba membunuh majikannya dengan meletakkan cecair peluntur di dalam sup ayam, lapor laman berita Kompas semalam.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lambe_turah memaparkan wanita itu duduk di atas lantai sambil menangis ketika ditanya oleh majikannya.

Selain memohon maaf, dia merayu supaya dirinya tidak dilaporkan kepada polis.

Menurut majikan, percubaan membunuh itu gagal selepas ahli keluarganya terhidu bau pelik dalam masakan wanita berkenaan.

Pembantu rumah itu bertindak sedemikian selepas diminta untuk membersihkan kandang kucing.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Bahaya kalau dilepaskan. Bawa dia ke balai!” kata seorang netizen.

“Dia menangis sebab ‘kantoi’, bukan menyesal,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Pembantu rumah letak cecair peluntur dalam sup ayam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker