Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Selama ini Rafizi Ramli sering mendakwa perjuangan beliau adalah untuk rakyat semata-mata.
Bukan jawatan atau kuasa yang di kejar atau di idamkan.
Tetapi segala perjuangan dan pengorbanan beliau di dalam dunia politik hanyalah semata-mata untuk membela dan memartabatkan negara dan rakyat.
Beliau juga sering memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang reformis tulen dan tidak sekali-kali menjadi pengampu bos.
Sekiranya beliau merasakan bos beliau melakukan kesilapan atau tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat, beliau tidak akan teragak-agak membantah.
Itu kata-kata Rafizi setiap kali berada di atas pentas politik.
Tetapi sebagaimana yang sering dikatakan, jangan dengar apa yang ahli politik katakan, tetapi lihat apa yang mereka lakukan.
Penulis bukan penyokong Nurul Izzah dan bukan niat penulis untuk membantu kempen Nurul Izzah.
Tetapi bagi penulis, kempen Rafizi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, sangat memualkan.
Beliau berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi Timbalan Presiden PKR.
Tetapi ini adalah kali ketiga beliau bertanding untuk merebut jawatan tersebut.
Kali pertama beliau menentang Azmin Ali yang ketika itu adalah Timbalan Presiden PKR, tetapi beliau kalah.
Kali kedua beliau menentang Saifuddin Nasution dan beliau berjaya.
Ini adalah keli ketiga beliau bertanding untuk jawatan tersebut.
Jadi, adakah 3 kali bertanding untuk jawatan yang sama boleh memberi gambaran beliau tidak berminat?
Lebih mengejutkan lagi apabila Rafizi memulakan kempen dengan menyerang kepimpinan PKR.
PKR digambarkan mengamalkan neopotisme.
Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga menuduh kepimpinan PKR menggerakkan segala aset yang ada untuk menyingkirkan beliau dalam pemilihan kali ini.
Penulis tidak tahu sejauh mana kebenaran tuduhan Rafizi, tetapi ianya adalah satu tuduhan yang sangat serius.
Ianya sama seperti menuduh PKR kini sudah hilang halatuju perjuangan hanya kerana kini berada di puncak kuasa.
Rafizi sepatutnya mencanangkan bagaimana dengan memilih beliau boleh menyelamatkan parti dari imej parti anak beranak.
Rafizi Menuntut Agar Jasa Beliau Di Balas
Lebih memualkan penulis, Rafizi cuba memberikan gambaran bahawa hanya beliau sahaja yang mampu memberikan kemenangan kepada PKR dalam PRU 16 nanti.
Kononnya tanpa beliau, PKR akan mengalami defisit sokongan dan kepercayaan dari kesemua kaum dalam PRU 16.
Dan seperti biasa, beliau menjaja data yang beliau dakwa sebagai kajian yang sahih dan berkredibiliti.
Tetapi tidak pula dinyatakan, bila kajian itu dibuat dan berapa ramai respondan yang memberi maklum balas.
Apa yang penulis nampak, kalau pun tidak ada pemilihan PKR, Rafizi sememangnya patut digugurkan dari barisan kabinet kerana prestasi beliau yang buruk.
Sepanjang 2 tahun setengah beliau menjawat jawatan Menteri Ekonomi, tidak ada dasar yang beliau buat yang dapat membantu negara dan rakyat.
Projek vending machine makanan beliau gagal, projek pengkalan data PADU juga gagal selepas menggunakan dana rakyat berjuta-juta ringgit.
Sangat jelas kepada kita, kempen pemilihan PKR telah mendedahkan wajah sebenar Rafizi dan niat sebenar dalam politik.
Rafizi hanya sesuai untuk menjadi tukang karut yang menghasut di atas pentas politik.
Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
Di Syorkan Untuk Anda:
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
- Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
You must be logged in to post a comment.