Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik

Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik

Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik

Pelakon terkenal, Bront Palarae baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila berjaya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klag Lakorn ke-21 yang berlangsung di Thailand baru-baru ini.

Melalui sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin (47) berkongsi khabar gembira itu dan meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih menerusi filem seram Thailand berjudul ‘The Cursed Land’ arahan pengarah Panu Aree.

“Alhamdulillah! Berlakon dalam filem Thailand terasa seperti mimpi dan kini, pengiktirafan ini sangat gila,” tulisnya.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan The Cursed Land dari lubuk hati saya. Kerja keras anda menjadikan ini sangat bermakna,” katanya.

Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik
Kredit foto: Instagram Bront Palarae
Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik
Kredit foto: NST

“Terima kasih kepada Panu Aree dan Kong Rithdee, Nonzee Nimibutr, Chankit, dan Suraphi atas kesabaran dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi”


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Berkongsi skrin dengan pelakon berbakat seperti Ananda Mathew Everingham, Jennis, mendiang Sida Puapimon, Han Zalini, dan Firdaus Karim merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya lagi.

Ads

Pada masa yang sama, Bront turut berharap agar suatu hari industri perfileman Thailand dapat mengangkat lebih banyak cerita tentang masyarakat Melayu khususnya di wilayah Selatan negara itu.

“Saya berharap suatu hari nanti pawagam Thailand akan menceritakan lebih banyak cerita tentang suara-suara kecil dan kekayaan sejarah masyarakat Melayu di selatan. Kisah yang patut didengari dan diraikan,” ujarnya menerusi perkongsian yang sama.

Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik
Kredit foto: Tatler

Difahamkan, Bront memegang watak Heem dalam filem tersebut dan berjaya menewaskan empat calon lain iaitu Benjamin Joseph Varney, Arak Amornsupasiri, Aelm Bhumibhat Thavornsiri dan Sanya Kunakorn.

Sekadar info, filem ini memulakan tayangan pada 11 Julai 2024. Ia telah ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) di Belanda, Festival Filem Antarabangsa Ho Chi Minh City di Vietnam, Festival Filem Asia di Itali, Festival Filem Hebat Antarabangsa Bucheon (BiFan) di Korea Selatan, dan Festival Filem Asia New York (NYAFF) di Amerika Syarikat.

Bront Palarae Lakar Kejayaan Di Thailand! Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker