Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

Dalam lipatan sejarah politik tanah air, pemilihan UMNO 1993 menyaksikan tumbangnya seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara dan parti UMNO.

Negarawa yang dimaksudkan ialah Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Seawal tahun 1992 lagi, khabar angin bertiup kencang menjangkakan Anwar akan mencabar Tun Ghafar dalam pemilihan tahun 1993.

Walau bagaimanapun, Anwar menafikannya.

Kem Tun Ghafar yang mencurigai penafian Anwar mula mengatur strategi sebagai persediaan awal.

Mereka mengusahakan penerbitan buku yang merupakan himpunan  esei yang diberikan pengenalan oleh Mohd. Taib Osman.

Manakala Alias Mohamed sebagai editornya:  Ghafar Baba: Kupasan oleh Profesor dan Cendikiawan Melayu.

Alias ketika itu Setiausaha Akhbar kepada Tun Ghafar.

Malangnya, segala pujian dan sanjungan dan sumbangan Tun Ghafar kepada UMNO, orang Melayu, dan negara, yang terkandung dalam buku itu tidak mampu menyelamatkan beliau.

Pada 23 Ogos 1993, di saat akhir pencalonan, Anwar mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima pencalonan daripada bahagian UMNO.

Ketika sidang akhbar pengumuman kesediaan Anwar untuk menawarkan diri, beliau diiringi setiausaha agung UMNO.

Serta semua lapan orang Menteri Besar dan Ketua Menteri, sembilan menteri Kabinet daripada UMNO, 18 orang timbalan menteri, dan lima orang setiausaha parlimen.

Bahkan, pertemuan itu turut dihadiri oleh pemimpin dari Wilayah Persekutuan dan Sabah.

2 negeri yang Tun Ghafar merupakan ketua perhubungan UMNO.

Lebih menarik, mereka yang dipercayai daripada kem Tun Ghafar, Mohamed Rahmat, Menteri Besar Terengganu Wan Mokhtar Ahmad, Menteri Kehakiman Syed Hamid Albar, dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd. Isa Abdul Samad turut hadir.

Akhirnya, Tun   Ghafar mengambil keputusan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan  parti pada 15 Oktober 1993, sebelum Perhimpunan Agung UMNO.

Strategi Anwar ketika itu adalah kumpulkan kekuatan secara senyap dengan membuat penafian demi penafian dan akhirnya membuat kejutan di saat akhir.

Terlalu Yakin Buatkan Rafizi Masuk Perangkap

Keadaan yang hampir sama berlaku dalam pemilihan PKR pada tahun ini.

Pada peringkat awal, nama Nurul Izzah langsung tidak disebut untuk mencabar Rafizi untuk jawatan Timbalan Presiden.

Yang dijangkakan hanyalah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Nama beliau semakin kerap disebut apabila kejutan berlaku di peringkat pemilihan Ketua Cabang PKR di seluruh negara.

Dan sebagaimana Anwar, penafian demi penafian dibuat oleh Saifuddin.

Tetapi secara tiba-tiba, perancangan sebenar terdedah.

Ketika pencalonan dibuka, nama Nurul Izzah dicalonkan oleh kesemua negeri kecuali Kedah.

Namun jangan lupa, Saifuddin adalah Ketua Perhubungan Kedah ialah Saifiddin Nasution dan beliau adalah penyokong setia kem presiden.

Sekiranya Kedah mahu mencalonkan Nurul Izzah, sudah tentu tidak ada masalah kerana Saifuddin ialah Ketua Perhubungan Kedah.

Tetapi mengapakah tidak dilakukan sedemikian?

Penulis tinggalkan persoalan ini kepada akar umbi PKR untuk menjawabnya.

Yang pasti, tumbangnya Rafizi akan mengulangi sejarah tumbangnya Tun Gahafar Baba dalam Pemilihan UMNO 1993.

Bukankah dunia merupakan pentas sejarah yang diulang.

Cuma masa dan pentasnya saja yang berbeza.

Dalam politik, formula memang penting, tapi pengalaman jauh lebih penting.

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker