Langgar suami isteri hingga parah: Pemandu Navara dipenjara 30 hari, denda RM12,000
Langgar suami isteri hingga parah: Pemandu Navara dipenjara 30 hari, denda RM12,000

KUALA LUMPUR: Tindakan pemandu Nissan Navara yang tular dalam kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pasangan suami isteri di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta di sini, mengundang padah apabila dia dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
K Darmaraju, 32, mengaku bersalah sebaik pertuduhan memandu secara melulu yang dibaca di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap, 11 Mei lalu.
Sebelum ini media melaporkan sepasang suami isteri parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Plus berhampiran Plaza Tol Duta.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun retak tulang selangka dan luka pada buku lali manakala isterinya berusia 49 tahun yang juga pembonceng motosikal parah termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis Benelli TRK 502 yang ditunggang mangsa sedang bergerak di lorong kiri sebelum dirempuh sebuah Nissan Navara dari arah kanan.
Pemandu lelaki Nissan Navara tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis pada hari sama sekitar jam 6.55 petang.
Terdahulu, video kemalangan itu tular di media sosial selepas dimuat naik akaun ‘DashCam Malaysia’ dan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Langgar suami isteri hingga parah: Pemandu Navara dipenjara 30 hari, denda RM12,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.