PGA rampas pokok hiasan seludup dari Thailand

PGA rampas pokok hiasan seludup dari Thailand

PGA rampas pokok hiasan seludup dari Thailand
PGA merampas 3,500 tanaman hiasan termasuk pokok landskap Eugiena membabitkan nilai keseluruhan RM5.5 juta dirampas Kampung Lalang Pepuyu, kelmarin. – Foto PGA

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,500 tanaman hiasan termasuk pokok landskap Eugiena membabitkan nilai keseluruhan RM5.5 juta di Kampung Lalang Pepuyu, di sini, kelmarin.

Rampasan jam 4.15 petang itu dilakukan Batalion 9 PGA menerusi Op Taring Wawasan selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemui pokok landskap Eugiena, 1,500 pokok pemanjat pagar dan 2,000 pokok Busida dalam lori itu dipercayai diseludup dari Thailand.

 

PGA rampas pokok hiasan seludup dari Thailand
PGA merampas 3,500 tanaman hiasan termasuk pokok landskap Eugiena membabitkan nilai keseluruhan RM5.5 juta dirampas Kampung Lalang Pepuyu, kelmarin. – Foto PGA

“Kita turut menahan seorang pemandu lori tempatan berusia 26 tahun kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan pokok tanaman itu.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM5.5 juta termasuk lori dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

PGA rampas pokok hiasan seludup dari Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker