PGA rampas 4,064 unit cecair, peranti vape
PGA rampas 4,064 unit cecair, peranti vape

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 4,064 unit cecair dan peranti vape membabitkan nilai RM284,000 di sebuah premis di Jalan Raja Perempuan Zainab, di sini, petang semalam.
Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu dilakukan jam 5.15 petang. Turut ditahan seorang lelaki berusia 36 tahun.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata ketika pemeriksaan lelaki tempatan yang berada dalam premis berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen.
“Hasil rampasan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam rampasan di lokasi lain, Nik Ros Azhan, berkata pihaknya merampas 700 kilogram (kg) beras dan 50kg beras pulut yang diseludup dari Thailand di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, awal pagi kelmarin.
Katanya, rampasan dilakukan selepas sebuah kereta yang dipandu suspek dengan muatan beras berkenaan terbabas ketika cuba melarikan diri.
“Bagaimanapun suspek melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan terbabit,” katanya.
PGA rampas 4,064 unit cecair, peranti vape
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.